天将降大任于斯人也,必先苦其心志,劳其筋骨 ,饿其体肤,空乏其身,行拂乱其所为。

2016年1月22日星期五

STPM PBS真经攻略大全(9)

STPM PBS真经攻略大全(9)

Kaedah Kajian吧。

这个很简单啊,照抄就可以了,只是要改一改地点。
我这里放给你们抄啦,哈哈。如果学校老师已经派给你们抄了就照你老师的吧。
Highlight的是需要更改的部分。)

4.0 KAEDAH KAJIAN
Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan atau objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kaji selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998).

4.1 PERSAMPELAN
Kajian ini menggunakan persampelan bukan kebarangkalian iaitu teknik persampelan bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 50 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu penduduk Taman Penang. Saiz sampel ini dikatakan berkaitan menurut Bailey (1984), di mana lebih kurang 50 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang tinggal di kawasan ini. Hal ini kerana mereka yang memahami keadaan taman permainan di kawasan perumahan mereka.

4.2 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji soal selidik. Soalan kaji soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi penduduk terhadap faktor-faktor pengurusan pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik dan kesan-kesan pengurusan pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik kepada penduduk dan persekitaran.
(这里写你们的Objektif

4.2.1 Data Sekunder
Data sekunder diperolehi dari Perpustakaan SMK Penang dan laman web rasmi seperti laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Data-data penting termasuklah buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah diperolehi daripada laman web Google.

4.2.2 Data Primer
Kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian iaitu di Taman Penang,Penang,Penang.

4.2.2.1 Soal Selidik
Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang diperolehi daripada soal selidik dan responden kajian yang dijalankan dalam suasana semulajadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh penduduk Taman Penang.

4.2.2.2 Temu Bual
Temu bual merupakan sesuatu kaedah yang berkesan untuk mendapat maklumat yang lebih teliti dan tepat daripada responden kerana penyelidik boleh menerangkan secara terperinci kepada responden tentang maksud perkataan-perkataan dan soalan-soalan yang dikemukakan.

4.2.2.3 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

4.2.2.4 Rujukan Arkib
Kaedah ini merupakan kaedah tambahan kepada kajian. Ia dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks, buku rujukan atau rujukan internet untuk mendapat maklumat tambahan terutamanya peta dan gambar-gambar yang diperlukan.

4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA
Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperoleh data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka.Seterusnya,data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai faktor-faktor pengurusan pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik dan kesan-kesan pengurusan pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik kepada penduduk dan persekitaran di Taman Penang. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert di mana angka 5 mewakili sangat setuju, 4 mewakili setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak setuju dan 1 mewakili sangat tidak setuju.



这个绝对可以抄到完,哈哈。加油。