天将降大任于斯人也,必先苦其心志,劳其筋骨 ,饿其体肤,空乏其身,行拂乱其所为。

2017年1月28日星期六

SPM 马来文作答技巧 (Paper 1+Paper 2),想要马来文A的必看!!(6)

SPM 马来文作答技巧 (Paper 1+Paper 2),想要马来文A的必看!!(6)

Contoh isi:

Arahan: Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

只要关于到ibu bapa的题目或者ibu bapa是其中一个pihak,两个百分百用得到的isi就是:
1. Ibu bapa mesti menjadi suri teladan kepada anak-anak.
2. Ibu bapa mesti mendidik anak-anak sejak kecil

这是第一个point的:
(Ayat apa) Usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah ibu bapa mesti menjadi suri teladan atau entiti mithali kepada anak-anak mereka persis peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa bulat kuih terbentuk daripada acuannya, bulat manusia terbentuk daripada bakanya. (Ayat Mengapa 1) Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak mereka sejak tapak kaki anak-anak mereka sebesar dua jari sahaja. (Ayat Mengapa 2) Bukan itu sahaja, semua kelakuan ibu bapa akan dicontohi dan diwarisi oleh anak-anak atau cahaya mata mereka. (名言) Hal ini selaras dengan pendapat seorang profesor dalam bidang sosiologi dari Universiti Oxford yang mengatakan bahawa didikan ibu bapa yang sempurna mampu melahirkan generasi pada masa akan datang yang boleh menggoncang dunia. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz, ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak, manakala rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak. (Ayat Bagaimana) Oleh itu, ibu bapa perlu menyampaikan ilmu yang bermanfaat melalui tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seyogianya mempertontonkan tingkah laku yang positif sejak anak-anak masih kecil, di mana-mana sahaja tanpa mengira sama ada di rumah atau di luar rumah. (Ayat Contoh) Biar kita mengambil contoh berikut, ibu bapa perlulah mempunyai hubungan silaturahim yang baik dengan jiran-jiran sekeliling, saudara-mara dan menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan anak-anak mereka. (Ayat Kesan) Impak daripada situasi tersebut, anak-anak akan dicorakkan dengan nilai-nilai kemasyarakatan yang baik seperti nilai berhemah tinggi, kasih sayang, toleransi dan sebagainya. Maka akan lahirnya generasi Y yang mampu mengemudi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang. (Ayat Penegas) Tegaslah di sini bahawa ibu bapa mesti menjadi suri teladan merupakan usaha-usaha yang wajar dialkukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

加深字体的地方是真实的名言,有ibu bapa的把它丢下去很好用,要记牢了!!