STPM PBS真经攻略大全(9)
Kaedah Kajian吧。
这个很简单啊,照抄就可以了,只是要改一改地点。
我这里放给你们抄啦,哈哈。如果学校老师已经派给你们抄了就照你老师的吧。
(Highlight的是需要更改的部分。)
4.0 KAEDAH KAJIAN
Antara
tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan
atau objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan
ini adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan
digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta
relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument
borang kaji selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada
responden (Marson et.al 1998).
4.1 PERSAMPELAN
Kajian
ini menggunakan persampelan bukan kebarangkalian iaitu teknik persampelan bertujuan
iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 50 orang responden telah dipilih untuk
menjawab borang soal selidik ini, iaitu penduduk Taman Penang. Saiz sampel ini dikatakan berkaitan menurut Bailey
(1984), di mana lebih kurang 50 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan.
Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk
menjawab borang soal selidik.Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses
pemilihan responden adalah mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang
tinggal di kawasan ini. Hal ini kerana mereka yang memahami keadaan taman
permainan di kawasan perumahan mereka.
4.2 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan
data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji soal selidik.
Soalan kaji soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi penduduk terhadap faktor-faktor pengurusan
pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik dan kesan-kesan pengurusan
pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik kepada penduduk dan persekitaran.
(这里写你们的Objektif)
(这里写你们的Objektif)
4.2.1 Data Sekunder
Data
sekunder diperolehi dari Perpustakaan SMK
Penang dan laman web rasmi seperti laman web Pusat Rujukan
Persuratan Melayu. Data-data penting termasuklah buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar
rajah diperolehi daripada laman web Google.
4.2.2 Data Primer
Kaedah
soal selidik dan temu bual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan. Selain
itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian
iaitu di Taman Penang,Penang,Penang.
4.2.2.1 Soal Selidik
Soal
selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data mengikut
pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang diperolehi
daripada soal selidik dan responden kajian yang dijalankan dalam suasana
semulajadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal
selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh penduduk Taman Penang.
4.2.2.2 Temu Bual
Temu
bual merupakan sesuatu kaedah yang berkesan untuk mendapat maklumat yang lebih
teliti dan tepat daripada responden kerana penyelidik boleh menerangkan secara
terperinci kepada responden tentang maksud perkataan-perkataan dan
soalan-soalan yang dikemukakan.
4.2.2.3 Pemerhatian
Kaedah
pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan
maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian
memerlukan penyelidik memerhati sendiri di kawasan kajian. Kaedah ini
membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden.
4.2.2.4 Rujukan Arkib
Kaedah ini
merupakan kaedah tambahan kepada kajian. Ia dijalankan dengan cara merujuk
kepada buku teks, buku rujukan atau rujukan internet untuk mendapat maklumat
tambahan terutamanya peta dan gambar-gambar yang diperlukan.
4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA
Data
dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga
kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperoleh data primer dari soal
selidik yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data
yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada
angka.Seterusnya,data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam
bentuk jadual.Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan
dalam menilai faktor-faktor pengurusan
pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik dan kesan-kesan pengurusan
pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik kepada penduduk dan persekitaran
di Taman Penang. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk
angka menggunakan Skala Likert di mana angka 5 mewakili sangat setuju, 4
mewakili setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak setuju dan 1 mewakili
sangat tidak setuju.
这个绝对可以抄到完,哈哈。加油。
没有评论:
发表评论