天将降大任于斯人也,必先苦其心志,劳其筋骨 ,饿其体肤,空乏其身,行拂乱其所为。

2017年4月3日星期一

pengajian am sem2 bahagian A(10)

pengajian am sem2 bahagian A(10)

26.Dasar Wanita Negara
a)Objektif
i.Membolehkan kaum wanita berkongsi menerima faedah dan peluang pembangunan dengan kaum lelaki
ii.Membangunkan kaum wanita agar dapat meningkatkan kualiti kehidupan

Strategi
i.Wujudkan Unit Hal-Ehwal Wanita
ii.Membasmi diskriminasi terhadap wanita dan menggubal undang-undang
iii.Meningkatkan kesedaran tentang peranan wanita
iv.Menentukan anggaran belanjawan untuk program pembangunan wanita
v.Mewujudkan dasar kesihatan keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita
vi.Mempertingkatkan peranan wanita dalam pekerjaan.


27.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
a)Enam Teras
T1-Membina negara bangsa
T2-Membangunkan modal insan
T3-Memperkasakan sekolah kebangsaan
T4-Merapatkan jurang pendidikan
T5-Memartabatkan profesion keguruan
T6-Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan


28.Dasar Teknologi Hijau
-merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk peralatan dan sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi
-meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
-Teknologi hijau merujuk kepada produk peralatan atau sistem yang memenuhi criteria berikut:

i.Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran
ii.Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar
iii.Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik
iv.Menjimatkan tenaga dan sumber asli
v.Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

a)Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
i.Tenaga
ii.Alam Sekitar
iii.Ekonomi
iv.Sosial

b)Objektif
i.Untuk menyelaraskan pertumbuhan industry teknologi hijau
ii.Untuk membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau
iii.Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau
iv.Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar
v.Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau