天将降大任于斯人也,必先苦其心志,劳其筋骨 ,饿其体肤,空乏其身,行拂乱其所为。

2017年4月4日星期二

pengajian am sem2 bahagian A(9)

pengajian am sem2 bahagian A(9)

23.Dasar Sukan Negara
-Perkembangan,kemajuan dan pembangunan sukan negara
-sukan massa dan sukan kecemerlangan

a)Sukan Massa (Sukan untuk semua)
-bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat

b)Sukan Untuk Kecemerlangan
-Sukan untuk pertandingan (kebangsaan dan antarabangsa)
-Diuruskan oleh Persekutuan Sukan Antarabangsa dan JK Olimpik

c)Rasional
i.Individu
ii.Masyarakat
iii.Negara

d)Objektif:
i.Membentuk masyarakat yang sihat,disiplin dan bersatu padu
ii.Menyediakan peluang dan kemudahan untuk memenuhi keperluan asasi sosial,psikologi dan fisiologi individu
iii.Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan
iv.Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan


24.Dasar Alam Sekitar Negara
-Meneruskan kemajuan ekonomi,sosial dan budaya dan kualiti hidup menerusi kesejahteraan alam
sekitar dan pembangunan lestari

a)Objektif DASN
i.Alam sekitar yang bersih,selamat,sihat dan produktif
ii.Pemulihaaan kebudayaan dan warisan
iii.Cara hidup,pola penggunaan dan pengeluaran lestari

b)8 prinsip
i.Pengawasan Alam Sekitar
ii.Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaan Alam
iii.Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
iv.Penggunaan Mapan Sumber-sumber Asli
v.Membuat Keputusan Bersepadu
vi.Peranan Sektor Swasta
vii.Komitmen dan Kebertanggungjawaban
viii.Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa


25.Rancangan Fizikal Negara (RFN)
-pelan perancangan spatial negara yang memberi panduan mengenai arah dan corak pembangunan, kegunaan dan pemuliharaan tanah negara yang strategik (15-20 tahun)
-menjadi panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri

a)Fungsi Rancangan Fizikal Negara
i.mengukuhkan perancangan Negara
ii.menyelaras agensi sektoral
iii.membentuk rangka kerja untuk perancagan di peringkat negeri dan tempatan
iv.membentuk polisi perancangan fizikal

b)8 Tema Rancangan Fizikal Negara
i.Pembentukan kerangka spatial Negara
ii.Peningkatan daya saing ekonomi Negara
iii.Pemodenan sektor pertanian
iv.Pengukuhan pembangunan pelancongan
v.Pengurusan petempatan manusia
vi.Pemuliharaan sumber semula jadi dan alam sekitar
vii.Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara
viii.Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian